Wednesday, March 1, 2017

biodata Juliana Evans

biodata Juliana Evans

Juliana Sophie binti Johari Evans atau lebih dikenali sebagai Juliana Evans ialah seorang pengacara, pelakon dan model iklan dari Malaysia. Beliau dilahirkan pada 5 Julai 1989 [nota 1] di Shah Alam, Selangor. Juliana mencipta nama sebagai pengacara kanak-kanak seawal usia 12 tahun, dan kemudian popular sebagai pengacara rancangan "Remaja" di TV3

Beliau mencipta populariti sebagai pengacara TV yang petah hingga dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 untuk kategori Pengacara TV Wanita Popular (ABPBH). Juliana mencipta rekod sebagai pengacara wanita paling muda yang pernah dicalonkan dalam kategori itu iaitu ketika berusia 19 tahun. Kini, beliau beralih ke stesen televisyen Astro dengan mengendalikan program Era TV.
 Selain aktif mengacara, Juliana mencuba bakat dalam bidang lakonan namun bakatnya masih belum terserlah sepenuhnya. Kini, bakatnya semakin terserlah dalam beberapa buah drama dan filem lakonannya. Kini, beliau sedang belajar di Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perfileman, Video dan Media di universiti tersebut selama dua tahun. Beliau juga telah mengambil cuti selama tiga bulan untuk berjumpa keluarga, berlakon serta menyambut raya bersama saudara-maranya.

Biodata Juliana Evans

    Nama Penuh: Juliana Sophie binti Johari Evans
    Nama Popular: Juliana Evans
    Nama Panggilan: June
    Agama: Islam
    Tarikh Lahir: 5 Julai 1989
    Asal: Petaling Jaya, Selangor
    Adik Beradik: Anak bongsu daripada tiga adik-beradik (kakak, Isabelle Evans)
    Keturunan: Inggeris di sebelah bapa manakala ibu Melayu
    Warganegara: Malaysia
    Pekerjaan: Pengacara, Pelakon dan Model
    Pendidikan:
    – Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Sunway University College
    – Ijazah Sarjana Muda Perfileman, Video dan Media, University of Michingan, Amerika Syarikat
    Iklan: Tracia Eternal, Fair & Lovely, Nokia 2600 dan Clean & Clear
    Pengacara TV: E-Zone (Astro Ria), Majalah Moral (TVIQ), Bintang Kecil Raya (TV9) dan Remaja (TV3)
    Drama: Kami The Series, Ghost, Kasut Tumit Tinggi, Warkah Terakhir, Sabar, Cornetto Inikah Cinta
    Filem: Kami The Movie dan Hooperz

Media Sosial Juliana Evans

Twiter Juliana Evans: https://twitter.com/juliana_evans

info lebih lanjut click 
VIDEO hot KLIK
sumber wikipedia

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : biodata Juliana Evans

0 komentar:

Post a Comment